sape suka cokelat kOPIKO?!


BISMILLAH

Macam mana nak buat bila nak study jer perlu ada cokelat kopiko dalam mulut?ketagih ke ni???aaaa!!!!mak aihhh,berani ko KOPIKO,buat haku ketagih sama kamu.eheh,memang begini la saya kalau musim final exam,KOPIKO jadi besfren no.2.Besfren no.1=buku!hahahaa!Budget gler kuyam~

KOPIKO ini kategori cokelat ke gula2 ke ape ye?Tapi yang saya tahu ia adalah ekstrak kopi!huahhhh..minum ja kopi sakit kepala,kunyah kopiko 24/7 xde pula sakit pape.yeah,ini yang kita mahu.


Tapi elok ke banyak sangat makan kopiko ni???..Alaaaa,risau2~


Tapi xpe la,lepas habis ja musim final exam ini for sure saya tinggal terus kamu kopiko.Macam boleh cakap macam ini kat kopiko,"kopiko thanks teman saya belajar,jumpa lagi musim final exam seterusnya!" ~~~,@

Aihhh dia ni macam xde keje kan,nak juge merapu pasal kopiko tengah2 sibuk belajar + banyak lagi xcover study + exam 2 days ahead + yang menunggu itu pula memang perghhh subjek 'killer',gua xtipu sama luu...Okeh dan di sini sudah merapu-rapu tanpa sedar,anda boleh lihat kesan kafein blebihan ini?N dun try dis at home =.="


post signature

overfreeze+congratz Is!

BISMILLAH...

Is,ko jangan nak berlagak,skrg musim sejuk kat mesia neh.sbb even tgh hari pon,haku ini kena pakai sweater,sejuk amat.Bila malam,angin sepoi2 bahasa,haku macam mau mati kesejukan.kenape ni weh?Pinjam meh ko nyer swing sweater sebab aku terlupa mau bawa sweater biru hadiah harijadi ketujohbelas saya dari kamu.saya pulak,haku,saya ke aku?konfius pengguna kata ganti nama sebab dah berkurun tak pegy DBPnyer kelas sastera.(ko ingat kelas sastera dbp tu nak layan ksalahan2 basic ko ni kuyam?)huuu..rindu betol~

Dan kenape kah sejuk amat ini?sebab nerves gler final exam dekat amat ke sebab saya demam?takkan demam berabad?dari awal sem lagi.kadang2 kesian rumate ku,tpkse bke tgkap luas2 sebab saya sejuk melampau dan kena slow kan kipas.Tapi sekarang solutionnyer,tak boleh tidak,kena pakai sweater tebal2,dan balut juge dgn comferter 14 inch! =.="

Buat mohd iswan,yang nak sangat name ko terpampang kt cni,haku wish congratz2 sebab da grad & sekarang ko da jadi arkitek femes kat company daddy ko sebab ko hensem + jambu + ko neh model terkenal kan kat sane.perghhh..xjeles2.cume aku pelik kot cane ko leh grad,ko kan pemalas tahap gaban?ehehehe...ini gurau2 ja Is.n kalau ko xpuas hati col ak sekarang jom gado2 manje lam fon.aishhh3~

Is,balik klatey jom,pakcik killer membebel je die ble asyik kena perang dengan tikus2 liar yang ske wat party dengan piano antik ko tuh.isk3.kesian pkcik killer weh,balik after haku hbs final paper ni eh.Alang2,leh u men kan pathetique sonata utk I.heheh.mesti ko rase ko la laki paling romantik seantero dunie kan?hahaha..tak kenaaaa tuu Is!

1 lg,plg penting ni beb, D&G clutch itu,nk bagi stachel pon boleh,beta terimaaa..hahaha...jangan luupee,ak mau buat koleksi lam almari buruk kat rumah.bkn buruk,antik gitu..eheh.weh,ko nk cakap ak pisau cukur ke?Jangan ko berani Is!hahaha.ini ok wut,dulu kan kite main miniature(mainan ko yang tak best) & latex doll(dolls haku yg amat2 best ) ja,jimat sgt la permainan zaman kanak2 kite.da dewasa neh pe lagi..jom habis kan duit............ko!ahahahaha..cesss,haku buat begini pon haku tau ko xrase pape kan? ok give up!

p/s: iswan neh my bestiest dr prime school,tamao skandal2 ye.

Iswan,pic bawah ini dedicate khas buat kau~

Is,ini sweet bukan? Trimas Is da jadi kawan baik haku yang xbrape nak baik ni :') weh jangan nangis Is,ak tau ko terharu! Xp


Mau masok teros kat sini,maafkan saya segale dose & salah silap.doakan kejayaan untuk final exam daku.isk3 :')




post signature

Saya menangis dalam syukur ;')

Bismillah...

Manusia,dunia dan kehidupan mereka. Bercakap tentang realiti hidup,mungkin memeritkan dan juga indah jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik.Cuba hilang 1 dari nikmat yang Allah kurniakan pada kita,pasti meratap tangis lah jiwa.

Kan setiap hari ada je perkara yang betul2 menganggu jiwa dan emosi kita.Manusia,biasa la.Apa kamu buat kalau rasa terganggu dan hati tak tenang?Banyak orang banyak lah caranya.Pergi je solat dan minta ketenangan hati dari-Nya,makan banyak2 bagi lupa segala mslh,menjerit kuat2,shopping sampai habis beribu supaya rasa betul2 puas,baca CLEO,BAZAAR berulang kali sambil membayangkan model cantik berkaki panjang itu diri sendiri atau mungkin menangis saje lah bawah comforter?ahaaa..yang last sesuai bagi orang2 manja macam saya =.="

Melihat kepada apa yang telah dimiliki,harus rasa sedih itu xperlu wujud & perlu dikubur sedalam2nya. Sebab sesetengah perkara dan sesuatu yang sangat kita ingin kan tapi tak boleh dimiliki,hal itu menjadi fokus.Even 'sesuatu' itu hanyalah 'sesuatu'.hehe~

Jadi saya memilih untuk bersyukur.Sebab dengan bersyukur hati pasti tenang ;)

Seingat saya masa yang ustazah fardhu ain cerita dulu,bersyukur terbahagi kepada 3.Ini fardhu ain masa darjah tiga,ustazah Halimah cakap,eheee..kecik2 pemikiran tajam dan kuat daya ingatan.o yeahhh! heh,melalut panjang ape niii,kayh sambung..

...

SYUKUR TERBAHAGI KEPADA 3 :-

1.syukur dengan hati.

Bila tengok fakir miskin,dalam hati terbisik juge lah,"Alhamdulillah Ya Allah aku masih hidup selesa dengan segala nikmatMu yang tak terhingga" :')

2.syukur dengan lidah

Macam melafazkan Alhamdulillah dan jika menerima pemberian dari orang lain,ucap lah terima kasih.

3.syukur dengan anggota

Bersedekah dengan ikhlas.Kiranya kamu rasa sangat bersyukur,kongsilah rasa kesyukuran kamu itu dengan mereka yang lain juge ;)

...

Sekarang rasa terluahkan sesuatu.Rasa terbeban dengan final exam,tapi bila bersyukur,rasa betuah betul sebab exam ini saya jadi rajin belajar,dan bila rajin belajar,dapat ilmu.Masih terbeban juga kerana tidak dapat memiliki 'sesuatu' itu,tapi sekali lagi bersyukur dan rasa apa yang ada disekeliling sudah redundant,dan mungkin 'sesuatu' itu belum masanya lagi untuk dimiliki.

Terima kasih Tuhan lahirkan saya dalam jagaan seorang ibu yang terbaik (ini tak dapat diungkap dengan kata-kata),family yang bahagia,kawan-kawan periang yang sungguh nice!.Tambahan kepada kesyukuran saya ini teramat banyak,nak listkan disini mungkin makan masa seumur hidup.heeee...

Owh,dan saya bersyukur untuk untuk diri sendiri juga.Heh muke bersyukur+bahagia.Boleh senyum kambing selepas menonton gambar dibawah .Hahahahahaha!

Fuhhh...Oh kawan,marilah kita bersyukur,tak kiralah seberat mana sekallipun dugaan dan cabaran.Jangan lupa untuk bersyukur.Ini nasihat buat kalian dan diri saya sendiri yang suka mengeluh dan kurang sangat bersyukur.Heh Kuyam,sila lah anda insaf sekarang @-@)))~

Nak pergi belajar,esok test!

tata!



post signature

simple sweet things :D


Bismillah....

Roommate sy sungguh sweet..ye betul,sweet sangat...Dan bila dia sweet,jadi dia bagi kami, all her bestiest sweet things jugak..Cupcakes of her own design..Simple but nice enuff ;)


Ini cupcakesnyer,nice kan?sweet la wani ni..cececece ;)



Oh ya,sebab Ilah tak datang ke bilik,jadi malam ini kami makan berempat.Baca betul2,bukan merempat,tapi berempat ya. Fidat(che dat),Amalina(mc am),Wani(sweet gal yang kejutkan kami tetibe dengan sweety cupcakesnyer),kuyam.Kami semua adalah mantan student SCIPP.Mantan..hahahaha..Okayh,ex-student.Nway,sape xkenal SCIPP?Alaaa,sbp kat kelantan yang all girls,yang dekat jeram pasu,pasir puteh tu.xkenal jugak?haha..ok2..SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH .Kami bangga menjadi wargamu..lalala~



Bila dah 4 orang kami berkumpul,mulut masing-masing tak nak berhenti.


CAKAP


CAKAP


CAKAP




Sampai penat,then jadi stalker kat internet plak.hehe..Cari cerita baru tentang kawan2 lama.Nasib la internet UTP paling 'laju',so macam bosan kena tunggu page loading lelame.Kebosanan menunggu kau internet.Berjanggut dah,che dat ajak mc am balik.
TAMMAT CERITA MALAM CUPCAKES COMEL DENGAN KAWAN2 SCIPP.

Pukul 2.30 pagi dah,kena tido.Esok kelas start lewat,xpe.lewat ke kalau kelas pukul 8 pagi? (=.=") Dah tak boleh bezakan awal dengan lewat.Syuhhhh2,pegi tido sekarang jangan lupa basuh mulut,gosok gigi,cuci kaki kalau tak gerombolan semut datang gigit kau malam ni.Bukan sebab kau manis,tapi cupcakes tadilah!

Sedikit updates malam yang tak berapa nak malam minggu..ape saya tulis ni?

Okayh dah pening.... (@_@))))~

Tata~


p/s:thanks again to my sweet roommate.I lapt u! XOXO!


post signature

Melampau kau!

BISMILLAH...

Post kali ini ada sedikit berbaur pedas + masam2 gitu.Terima lah seadanya. Yang mana bagus,kamu sematkan di hati & tanamkan dalam jiwa. Yang mana rasa 'kuyam,ko apekah?',buanglah jauh2,sejauh mungkin...

Buat mereka yang belum benar2 sedar bahawa hidup ini bukanlah segala-galanya tentang diri kamu sahaja tau!...


  • Terlampau selfish kamu akan dibenci teman2+semua oranglah (@_@))))~


  • Terlampau rasa diri kamu ‘perfect’ kamu bukan lah manusia sempurna+kalau kamu sempurna dalam semua perkara,kamu bukan manusia..eeee...

  • Terlampau ‘laser’ you! Cuba kalau sebelum kamu meluahkan patah kata, letakkan diri kamu ditempat orang yang terkena ‘laser bahaya’ kamu tu!

  • Terlampau tinggi hidung@ hidung tinggi(sombong). Sombong ni kalau tak terlampau pon memang dah kira macam sangat membencikan,kalau terlampau? Fikir2 lah macam mana..kalau saya,rasa nak campak ja orang sombong tu dalam lava gunung berapi..

  • Terlampau mendesak.Aduhai, fikir kondisi orang yang di desak. Pasti rasa rimas!

  • Terlampau sensitif. Jangan sebab benda2 kecil kamu merajuk dan marah2 macam orang tu dah buat kesalahan paling besar dalam dunia. Contoh kalau dia datang lewat 5 minit meeting, kamu marahkan dia macam dia lewat 5 abad.

  • Terlampau nak jadi diva.Okay,jadilah diva,tapi fikir dalam2,LAYAKKAH kamu?

  • Terlampau agung2kan kawan kamu yang sebenarnya bukanlah seorang yang agung. Fikir dalam-dalam, siapa setia,siapa yang hanya mengambil kesempatan,siapa pula yang boleh kamu luahkan segalanya. Jangan kamu agungkan 'dia' yang sebenarnya tak pernah nak appreciate kamu dalam hidupnya. kesian...huh

  • Terlampau sempit pemikiran. Jangan selalu fikir negatif dan nampak kegagalan sahaja boleh? Cuba lah yakin diri. Cakap berapi kata nak mengubah keadaan dan tak nak bergantung pada sesiapa, tapi effort langsung tak ada. Kamu betul menyusahkan orang di sekeliling!

  • Terlampau bising. How annoying. Bising biar bertempat, semua orang pon ada mulut, tapi boleh ja hormat orang lain dan bukan lah sebising kamu. Wut's in your mind hah? Logik la sikit. Membe kat sebelah ja, tak payah kot terpekik2 macam nak cakap dengan orang kat benua lain.isk3

  • Terlampau nak semua orang sukakan kamu. Betul, sangat bahagia kalau semua orang suka kita, siapa yang tak nak, saya juga mahu. Tapi hakikatnya, tak semua orang akan sukakan kita. Ini realiti kehidupan, tolong terima. Jangan sampai diri sendiri jadi hipokrit sebab nak sangat orang sukakan kita. Cuma hormat lah antara satu sama lain,jangan sakitkan hati sesiapa kalau boleh. Sama ada mereka suka atau tak, hak mereka. Kamu sendiri juga ada tak 'ngam' dengan sape2 kan. Tak ada? ahhhh,tipu lah. Mungkin kamu tak ada bencikan sesiapa, tapi pasti ada juga sape2 sikapnya sikit sebanyak tak menyenangkan kamu.

Konklusinya, jangan kamu melampau,terlampau-lampau. Bersederhana itu bagus =)

post signature

Related Posts with Thumbnails